Our Facebook Page
Whatsapp Us
WeChat Us
Our Shopee Store

    Produk Kami

    Produk kami yang utama dan terlaris ialah ikan bilis kering (90%) dan selebihnya ialah campuran makanan kering seperti sotong kering, ikan Temenung, ikan Tamban dan ikan masin. Hasil utama ikan bilis kami yang diberi nama STOLEPHORUS COMMERSONNII atau dikenali sebagai BILIS TEMBAGA. Ikan bilis jenis ini terkenal dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi di Malaysia.

    Mengapakah produk SWC lebih baik?

    SWC membekalkan produk yang diproses secara murni yang diperolehi dengan kaedah ekosistem lestari . Hal ini dikatakan demikian kerana nelayan kami menggunakan Kelong Tradisional atau lebih dikenali sebagai Bagang untuk memperoleh hasil tangkapan mereka. Teknik pencahayaan digunakan untuk menarik perhatian ikan. Teknik ini tidak akan memusnahkan karang laut dan habitat laut. Sebaliknya teknik penggunaan kapal selam laut untuk aktiviti penarikan ikan di laut dalam amatlah membahayakan ekosistem laut kita.

    Tambahan pula, air laut di pesisiran negeri Sabah mempunyai kadar pencemaran merkuri jauh lebih rendah berbanding dengan negeri lain. Selain daripada itu, memandangkan saiz dan kitaran hidup ikan bilis lebih pendek, kandungan merkuri lebih rendah berbanding ikan bersaiz besar.

    SWC menggunakan teknologi pengeringan terkini penghasilan haba dari air mendidih untuk mengeringkan ikan bilis segar di dalam ruang pengeringan dalaman tertutup yang bersih. Kami memastikan tiada hubungan langsung gas dan karbon meresap ke dalam makanan laut kering supaya produk kami selamat untuk dimakan oleh anda sekeluarga.

    Proses pengeringan makanan laut secara terbuka di bawah cahaya matahari merupakan amalan tradisi. Namun begitu, sehingga kini masih terdapat pengusaha yang mengamalkan proses pengeringan dengan cara yang sebegini. Amalan proses pengeringan secara terbuka akan menyebabkan makanan akan terdedah kepada pencemaran habuk, sisa burung, larva lalat dan cuaca tidak menentu. Tambahan pula, kandungan protein dan nutrient boleh hancur, akibat terdedah kepada sinaran UV radiasi matahari dalam jangka masa lama .

    SWC mengamalkan proses pemprosesan dan pengendalian produk makanan yang mematuhi keperluan dan standard MeSTI. Kilang ini juga dalam proses pengesahan MesTI dan merancang untuk mendapatkan sijil HALAL dalam masa terdekat.

    Kandungan kelembapan produk kami jauh lebih rendah daripada pengeringan terbuka tradisional. Oleh itu, produk ini mempunyai nilai hebat wang dari segi kuantiti per unit berat. Produk dengan kelembapan yang lebih rendah akan menghalang pertumbuhan bakteria dan dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang (12 bulan pada suhu 3 darjah Celsius). Ia juga mempunyai rasa yang lebih baik dan tekstur rangup meskipun setelah digoreng. Malah, ikan bilis kami telah dipra masak dengan garam kristal berkualiti tinggi yang memberikan tekstur dan kerangupan yang sesuai dengan pelanggan kami daripada pelbagai peringkat usia.

    Proses

    1. Nelayan pesisir tempatan di Pantai Barat Sabah, menyerahkan hasil tangkapan mereka setiap pagi dan segera menyebarkan hasil tangkapan mereka ke dalam dulang dan kemudiannya disusun di atas troli.

    2. Hasil tangkapan mereka diletakkan di ruang pengering antara 4-5 jam bergantung kepada saiz ikan.

    3. Hasil tangkapan nelayan mesti dikeringkan pada hari yang sama untuk mengekalkan kesegarannya

    4. Setelah hasil tangkapan kering, ikan bilis akan ditapis, diasingkan mengikut gred dan dilabelkan. Kemudian dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan

    5. Bilik sejuk penyimpanan ditetapkan pada suhu antara 3-4 darjah celcius bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti makanan kering

    Kawalan Kualiti

    • SWC mengamalkan kaedah pemprosesan dan pengendalian produk makanan yang mematuhi keperluan dan standard MeSTI.
    • Kilang ini juga dalam proses mendapatkan pengesahan MesTI dan merancang untuk mendapatkan sijil HALAL dalam masa terdekat.