Soalan Lazim Mengenai Ikan Bilis
Adakah Ikan Bilis makanan “Super”?
Ikan Bilis kaya dengan Vitamin B12, iaitu berperanan penting dalam panghasilan tenaga badan, pembuatan sel merah, kesihatan saraf, sistem pencernaan, dan kesihatan penglihatan serta kulit. Walau bagaimanapun, Ikan Bilis mungkin mengandungi garam yang tinggi, dan perlu dimakan dalam kuantiti yang sesuai untuk keperluan harian sahaja. Justeru itu, SWC Freshmart menggunakan garam berkualiti tinggi sahaja untuk memproses Ikan Bilis kami, iaitu garam yang kurang masin disbanding dengan pembekal lain.
Apakah sebab harga berlainan untuk Ikan Bilis di pasaran?
Harga Ikan Bilis ditentukan oleh faktor-faktor seperti spesis, kecantikan, cara pengeringan, rasa, kewangian dan musim.
Bolehkah Ikan Bilis dimakan tanpa dimasak?
Sebenarnya, Ikan Bilis yang diproses oleh SWC Freshmart adalah sudah dimasak dan boleh dimakan terus. Rasa manis yang semulajadi dan kemasinan yang sesuai memberi rasa laut yang lega dalam setiap kunyahan. Akan tetapi, produk kami dilabelkan sebagai “Sedia untuk Dimasak” dan bukan “Sedia untuk Dimakan”, oleh itu, adalah digalakkan pengguna untuk memasak Ikan Bilis sebelum dimakan.
Adakah Ikan Bilis sesuai untuk kanak-kanak dan bayi?
Ya, sesuai. Ikan Bilis boleh dimakan oleh semua golongan umur. Serbuk Ikan Bilis kering adalah penambah rasa makanan yang sihat dan semulajadi yang sesuai digunakan dalam makanan bayi dan warga emas, kerana ia membekalkan pelbagai khasiat dan menambah selera.
Apakah cara yang sesuai untuk memasak Ikan Bilis?
Ikan bilis adalah makanan yang penting di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Untuk resipi Ikan Bilis yang mudah, sila melawat blog resipi kami di sini.