Syarikat Kami
Mempunyai pengalaman selama 20 tahun tentang pengendalian kaedah pengeringanSWC Freshmart Dried Seafoods Sdn Bhd, merupakan industri Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Sabah tempatan. Matlamat kami adalah untuk menjadi pengilang industri pemprosesan makanan laut kepada nelayan pesisir di pantai barat Sabah. Kawasan ini merupakan pembekal utama ikan bilis terbaik di negeri Sabah, Malaysia. Lokasi kawasan pesisir pantai tersebut ialah Kimanis, Mandahan, Bongawan, Kuala Penyu dan Sipitang.
Syarikat kami mempunyai pengalaman selama 25 tahun mengendalikan makanan laut kering menggunakan kaedah pengeringan yang canggih.
Selain itu, kami juga mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pemprosesan makanan laut kering bermula daripada proses penuaian, pemprosesan hingga ke pemasaran. Kami juga bertekad untuk meningkatkan kualiti makanan laut kering dari Sabah supaya kompetitif dalam pasaran tempatan dan juga luar negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana ikan bilis dari negeri Sabah sering disalahfahami berkualiti rendah dan terpaksa dijual pada harga yang murah. Oleh hal yang demikian, syarikat SWC ingin mengubah persepsi tersebut. SWC berusaha untuk menjadi pengilang makanan laut kering di negeri Sabah yang terunggul dalam penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga yang kompetitif di pasaran.
Berikut merupakan proses pengeringan dan proses pengeluaran dari syarikat kami:
- Nelayan pesisir tempatan di Pantai Barat Sabah, menyerahkan hasil tangkapan mereka setiap pagi. Kemudian hasil tangkapan mereka segera disebarkan ke dalam dulang seterusnya disusun di atas troli.
- Hasil tangkapan mereka diletakkan di ruang pengering antara 4-5 jam bergantung kepada saiz ikan.
- Hasil tangkapan nelayan mesti dikeringkan pada hari yang sama untuk mengekalkan kesegarannya
- Setelah hasil tangkapan dikeringkan, ikan bilis akan ditapis dan diasingkan mengikut gred. Kemudain dilabelkan dan dimasukkan ke dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan.
- Bilik sejuk penyimpanan ditetapkan suhunya antara 3-4 darjah celcius bagi mengekalkan kesegaran dan kualiti makanan kering.
Teras Perniagaan
Perkhidmatan Kami- Pemprosesan
- Pengeringan
- Penapisan
- Penggredan
- Pembungkusan
- Penyimpanan yang betul
- Pemasaran
laut kering seperti ikan bilis, sotong dan udang
Sumbangan
Matlamat KamiKemudahan di kilang kami mampu memberikan pulangan yang lebih baik kepada para nelayan tempatan. Hal ini dikata demikian kerana mereka tidak perlu bergantung pada keadaan cuaca yang tidak menentu untuk memproses hasil tangkapan harian mereka. Malah,pendapatan nelayan tempatan dianggarkan meningkat sebanyak 30% setahun . Seterusnya, pembaziran daripada hasil tangkapan dapat dikurangkan. Keadaan ini juga dapat mengurangkan longgokan sisa hasil makanan.
Tambahan pula, syarikat kami dapat menyediakan peluang pekerjaan dan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat melalui penjualan dan cukai korporat.
Pengeringan terbuka secara tradisi Vs Pengeringan Penyahhidratan Tertutup
PerbandinganPengeringan terbuka secara tradisi
- Sangat bergantung kepada persekitaran dan keadaan cuaca.
- Berpotensi tinggi untuk dicemari debu, kotoran daripada burung, larva lalat serta keadaan cuaca yang tidak menentu.
- Protein dan nutrien akan musnah disebabkan pendedahan kepada sinaran UV matahari.
Pengeringan Penyahhidratan Tertutup
- Hasil nelayan tempatan boleh meningkat sebanyak 40% setahun.
- Manakala kuantiti hasil penjualan makanan laut kering juga akan meningkat sebanyak 20%-30%.
- Kandungan protein dan nutrien dapat dikekalkan 25% lebih tinggi melalui kaedah pengeringan tertutup berbanding dengan kaedah pengeringan terbuka secara tradisi.
Pengeringan Penyahhidratan Tertutup
Pengeringan Bilik Tertutup dalam Udara Panas
- Memelihara pesekitaran semula jadi menggunakan pengeringan ruang tertutup dengan cara penyahhidratan udara panas.
- Suhu tinggi dan kelembapan relatif rendah dapat menyejat kandungan kelembapan sekaligus dapat mengekalkan kandungan protein dan nutriennya.
- SWCF mempunyai kapasiti pengeringan sebanyak 20 metrik tan makanan kering setiap bulan.
Rancangan Masa Hadapan
Pemprosesan Hiliran
- Dengan pelaksanaan kilang pemprosesan pengeringan dan pembekalan makanan laut yang konsisten, SWCF akan melabur dalam industri pemprosesan hiliran yang berfokus kepada makanan ringan dan makanan dalam tin.
- Meningkatkan lagi nilai sumber.
- SWCF juga mempunyai kemampuan untuk mengeringkan makanan lain selain daripada makanan laut iaitu sayur-sayuran, buah-buahan,kekacang , bunga dan daging dan lain-lain.